Jom

JOM BERLAGAK SEPERTI ORANG KAYA!!

Nak merasa jadi orang kaya ?
Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

  1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.
  2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.
  3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.
  4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.
  5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.
  6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.
  7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.
  8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.
  9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.
  10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima!

Cuba Lepas tu Try ye

Qasidah.

BICARA ILMU PART 244

 PUJIAN MAULID DI ZAMAN NABI ﷺ

قال العباس بن عبد المطلب : يارسول الله اريد ان امتدحك فقال : قل ، لا يفضض الله فاك . فقال العباس :
من قبلها طبت في الظلال وفي مستودع حيث يخصف الورق
ثم هبطت البلاد لا بشر انت ولامضغة ولا علق
بل نطفة تركب السفين وقد ألجم نسرا واهله الغرق
تنقل من صالب الى رحم اذا مضى عالم بدا طبق
حتى احتوى بيتك المهيمن من خندف علياء تحتها النطق
وانت لما ولدت اشرقت الأرض وضاءت بنورك الافق
فنحن في ذلك الضياء وفي النور وسبل الرشاد نخترق

Abbas bin Abdul Muththalib berkata: “Wahai Rasulullah, aku ingin memujimu.” Rasulullah ﷺ menjawab: “Allah akan memberimu kehidupan dengan gigi-gigi yang sehat.” Lalu Abbas berkata: Wahai Rasulullah, engkau telah harum sebelum diciptakan di bumi, dan ketika engkau berada dalam tulang rusuk Adam, ketika ia dan Hawwa menampalkan dedaunan surga ke tubuh mereka Engkau harum ketika Adam turun ke bumi engkau berada dalam tulang rusuknya, ketika engkau bukan seorang manusia, bukan gumpalan daging dan bukan gumpalan darah, Bahkan engkau harum ketika berupa setetes air di pungguhnya Nabi Nuh ‘alaihissalam ketika naik perahu, sementara berhala Nasr dan orang-orang kafir pemujanya ditenggelamkan dalam banjir bandang, Engkau harum ketika dipindah dari tulang rusuk laki-laki ke rahim wanita, ketika generasi berlalu diganti oleh generasi berikutnya Sampai kemuliaanmu yang tinggi yang menjadi saksi akan keutamaanmu memuat dari suku yang tinggi dan di bawahnya terdapat lapisan gunung-gunung Ketika engkau dilahirkan, bumi menjadi bersinar dan cakrawala menjadi terang berkat cahayamu Maka Kami memancar dalam sinar, cahaya di jalan-jalan petunjuk itu.

القصيدة أخرجها الطبراني في المعجم الكبير ، و الحاكم في المستدرك على الصحيحين.

Qasidah ini di riwatkan oleh Imam ath-Thabarani dalam Kitab Maj’mu kabir dan imam al-Hakim dalam Kitab Mustadrak alaa Sahihain.

#Jom Imarah Solat Berjamaah

Beza.

PERBEZAAN ANTARA HADIS DAN SUNNAH

Sunnah pula bermakna:

الطریقة المسلوکة فی الدین

Jalan/cara yang dirintis di dalam agama. Ianya adalah satu makna yang hampir seerti dengan Hadith.
Sedangkan makna Hadith adalah seperti berikut:

ما أضیف الی النبی صلی الله علیه و سلم من قول او
فعل او تقریر او صفة

Barang apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad ﷺ samada perkataan, perbuatan, atau pensabitan Baginda ﷺ terhadap sesuatu amalan atau perkara yang bersangkutan dengan keadaan diri Baginda ﷺ.

Makanya dalam hadith mesti merangkumi empat unsur:

1.) Perkataan
2.) Perbuatan
3.) Pensabitan
4.) Sifat kepada diri Baginda ﷺ.

HUBUNGAN ANTARA SUNNAH DAN HADITH

Di antara Hadith dan Sunnah mempunyai hubungan umum wa khusus min wajah. Satu bentuk ittifaq (bersamaan) dan 2 bentuk iftiraq (berlawanan).
Contoh 2 bentuk iftiraq: Hadith yang mana khusus untuk Baginda ﷺ seperti Saum Daud (puasa berterusan) dan kahwin lebih dari empat dalam satu-satu masa atau hadith yg telah dimansukh, kesemuanya adalah hadith akan tetapi tidak dipanggil sunnah.

Khalifah Umar Rha.anhu memperkenalkan 20 rakaat tarawikh dan Khalifah Uthman Ra.anhu yang memperkenalkan azan kedua pada hari jumaat adalah dipanggil Sunnah tetapi bukan Hadith.

1 contoh ittifaq (bersamaan) adalah setiap hadith yang bukan khusus untuk Bagindaﷺ atau yang tidak dimansukhkan atau ma´mul biha (diguna pakai) adalah disebut hadith dan disebut juga sunnah.
Jadi kita semua bukan Ahlu Hadith malah kita semua adalah Ahlu Sunnah.

https://www.facebook.com/SmartAswaja/

Marah.

KENAPA ANDA MUDAH MARAH

Pernah bertanya pada diri kenapa mudah marah atau baran?

Sesungguhnya, orang yang betul-betul kuat adalah orang yang boleh menahan marahnya apabila berhadapan dengan ujian dan cabaran dalam kehidupan.

Sebelum mendidik hati supaya tidak cepat marah, kita perlu tahu punca kenapa mudah marah supaya sifat tersebut dapat dibendung dan dirawati dengan segera. Jom kita muhasabah diri kita sendiri.

KENAPA MUDAH MARAH?

1) Sukar Mengawal Emosi.
Bagi mereka yang mudah marah adalah kerana mereka susah untuk mengawal emosi dan membiarkan perasaan marah menyelubungi diri. Orang yang mudah marah ni akan diperbodoh-bodohkan atau dimain-mainkan oleh orang lain.

2) Kurang Sabar.
Hati yang kurang sabar selalu cepat melenting apabila dicabar tahap kesabarannya. Oleh itu, kita hendaklah latih diri dan hati supaya lebih bersabar serta berfikir dengan cara yang rasional apabila berhadapan dengan masalah supaya tidak melakukan tidakan yang terburu-buru demi memuaskan hati yang sedang marah. Sebenarnya, orang yang kurang sabar juga akan mudah menghidapi suatu penyakit yang kronik.

3) Ego, Bangga Diri, Riak dan Merasa Diri Lebih Hebat.
Bagi mereka yang sebegini akan mudah rasa tercabar apabila dirinya dipersenda2kan. Hal ini kerana mereka akan rasa kalah dan tidak dihormati. Selain itu, orang yang mempunyai sifat ego, bangga diri dan riak akan merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain. Oleh sebab itu, mereka akan mudah marah sebab tidak mahu dipandang rendah dan benci apabila tidak dihormati serta berasa terhina apabila berjumpa dengan orang lebih hebat daripadanya. Marah jenis ini biasanya wujud dalam bentuk emosi yang tidak puas hati terhadap orang lain.

4) Berfikiran Negatif.
Orang jenis ini ialah orang yang memandang buruk terhadap sesuatu, suka bersangka buruk pada orang lain serta mudah bertanggapan buruk terhadap apa jua perkara. Orang jenis ini akan mudah marah kerana dihatinya tiada wujud istilah maaf. Dia tidak mahu memberi maaf dan malu untuk meminta maaf kerana merasakan dia sahaja yang betul. Walaupun kadang-kadang dalam hati kecilnya mengaku akan kelemahan diri tetapi disebabkan ego, dia tidak akan minta maaf walaupun berada di pihak yang salah.

5) Berdendam.
Jika seseorang itu menyimpan perasaan dendam atau irihati kepada seseorang, dia akan cepat naik darah atau marah walaupun hanya disebabkan oleh kesilapan yang sedikit.

kawal emosi… jgn cepat melatah… istighfar…

Semuga bermenafaat… 🤲🤲🤲