PERBEZAAN ANTARA HADIS DAN SUNNAH
Sunnah pula bermakna:
الطریقة المسلوکة فی الدین
Jalan/cara yang dirintis di dalam agama. Ianya adalah satu makna yang hampir seerti dengan Hadith.
Sedangkan makna Hadith adalah seperti berikut:
ما أضیف الی النبی صلی الله علیه و سلم من قول او
فعل او تقریر او صفة
Barang apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad ﷺ samada perkataan, perbuatan, atau pensabitan Baginda ﷺ terhadap sesuatu amalan atau perkara yang bersangkutan dengan keadaan diri Baginda ﷺ.
Makanya dalam hadith mesti merangkumi empat unsur:
1.) Perkataan
2.) Perbuatan
3.) Pensabitan
4.) Sifat kepada diri Baginda ﷺ.
HUBUNGAN ANTARA SUNNAH DAN HADITH
Di antara Hadith dan Sunnah mempunyai hubungan umum wa khusus min wajah. Satu bentuk ittifaq (bersamaan) dan 2 bentuk iftiraq (berlawanan).
Contoh 2 bentuk iftiraq: Hadith yang mana khusus untuk Baginda ﷺ seperti Saum Daud (puasa berterusan) dan kahwin lebih dari empat dalam satu-satu masa atau hadith yg telah dimansukh, kesemuanya adalah hadith akan tetapi tidak dipanggil sunnah.
Khalifah Umar Rha.anhu memperkenalkan 20 rakaat tarawikh dan Khalifah Uthman Ra.anhu yang memperkenalkan azan kedua pada hari jumaat adalah dipanggil Sunnah tetapi bukan Hadith.
1 contoh ittifaq (bersamaan) adalah setiap hadith yang bukan khusus untuk Bagindaﷺ atau yang tidak dimansukhkan atau ma´mul biha (diguna pakai) adalah disebut hadith dan disebut juga sunnah.
Jadi kita semua bukan Ahlu Hadith malah kita semua adalah Ahlu Sunnah.
